1.2.09
39<--->[Singapore Trip]
Singapore Zoo: Bersama Encik-encik Kakak Tua
Hahaha..dah lama pegi, baru nak update blog. Saya sefamili telah pergi ke Singapore pada Disember hari tu, tapi untuk menjimatkan kos, kitorang tinggal kat JB je. Pergi dari hari Ahad sampai la hari Rabu. Sebenarnya kali terakhir saya pegi Singapore memang da sangat lama...masa tu umo saya dalam 4 tahun macam tu. Ahad petang samapai JB, kitorang round umah kawan-kawan ayah yang ada kat are JB, seme dok sound asal tak tido umah diorang je, hahaha. Lenkali kot...save duit lodging. Hari Isnin kitorang pegi Sentosa Island, round sampai petang. Kitorang pegi Underwater World, naik cable car, tengok dolphin dan jelajah Fort Siloso.
Underwater world best, sangat banyak hidupan laut yang saya tak penah tengok sebelum ni. Then tengok pink dolphins, sangat la memuaskan, comel sangat mereka itu. Naik cable car, hurm biasa-biasa je, cable car Genting lagi meruntun jiwa. But for the technical aspect, got to give credit for them, sebab sampai pole, memang tak bergegar cable car tu. The view cantik sebab rentas laut dari Sentorsa sampai Mount Faber pastu patah balik. Sebelum naik cable car ni saya minum air yang paling mahal saya penah minum: Fresh Orange S$5.00 = RM24.00, huhu. Then kitorang pegi Fort Siloso tour, satu pengalaman yang best. Walaupun kami agak tertanya-tanya mengenai ketetepatan sejarah yang diorang tunjuk kat situ *ehem*kaummelayuhanyaditonjolkansebagainelaya*ehem*, it's really an eye opener.Staf Fort Siloso ni sangat la friendly, they give my Dad special services, which I'm really grateful for.
Hari Selasa kitorang pergi Zoo. Memang betul kata Uncle Zaki (besfren ayah saya), memang kena pergi, sangat best, berkali-kali-kali gandanya dari Zoo Negara. Kesimpulannya memang best la. Tertunai la hajat ayah saya nak tengok probosics monkey. Saya teringin nak tengok kancil, tapi masa tu dia nyorok bawah semak, tak nampak sangat la. Dapat jugak tengok rimau putih yang makan orang tu. Pastu kitorang round lawat sedara-mara yang ada kat Singapore, tu pun ada rumah yang kitorang tak sempat nak pegi, sangat ramai, adeh. Sebelum balik, kitorang pegi Arab street, kalau korang nak makan murtabak Singapore yang masyuk, kat situ la tempatnya.
Then Rabu, kitorang anta Mak dangan Asirah gi airport Senai (saje je diorang naik flight sebab Asirah tak prnah naik kapal terbang) pastu kitorang balik la dengan Unser yang tiba-tiba terasa lebih luas, hahaha. Saya drive sampai Ayer Keroh, jem plak, adeh. So, tula trip kami ke Singapore. Sempatgak jumpa Kak Aza (besfren saya) kat JB dan telah dibawa ke Jusco Tebrau City yang sangat memuaskan hati.
Underwater World, Setosa
Label: Peristiwa
i look upon the moon and stars at 1:38 PG
0 suara sisi hati yang lain
0 suara sisi hati yang lain