20.8.08

33<--->[Cara-cara Memotong Kuku]

Dulu, masa saya kecik-kecik, ayah saya memang tak bagi saya potong kuku pada hari Selasa dan Sabtu, 'sakit nanti', katanya. Kemudian, beberapa hari yang lalu, baru saya terjumpa pesan Rasulullah s.a.w yang kat bawah ni masa mencari format memo dalam pc kolej. Saya rasa ramai yang dah tau, tapi takpelah, saya sebarkan juga di sini.

Sabda Rasulullah s.a.w yang beerti: Barang siapa yang mengerat
kukunya pada ;
Jadi, seelok-eloknya kita memotong kuku pada hari Isnin, Khamis, dan Jumaat. Terdapat kepelbagaian riwayat ni, tetapi saya dapat buat persamaan, hari yang elok sama semuanya, seperti yang saya mention kat atas. Kuku juga tak boleh dibiar panjang, sebab ia akan jadi tempat syaitan bersiar-siar, sama jugak dengan misai , seelok-eloknya tidak sampai ke bibir.

Kalau period, boleh potong kuku tak?

Dulu, masa sekolah, saya da dengar, kalau period, tak boleh potong kuku, tapi mak dangan ayah saya cakap, boleh. Semestinya boleh, sebab Islam itu adalah kebersihan. Kalau nak ulasan lebih lanjut, boleh klik di sini.

Adab potong kuku camne plak?

Saya rasa ada cara lain mengikut padangan ulama'-ulama' yang berbeza. Tetapi apa yang saya biasa buat, step-step mengikut cara Kitab Jauharul Mauhub:
  1. Jari telunjuk kanan
  2. Jari hantu kanan
  3. Jari manis kanan
  4. Jari kelingking kanan
  5. Ibu jari kanan
  6. Ibu jari kiri
  7. Jari telunjuk kiri
  8. Jari hantu kiri
  9. Jari manis kiri
  10. Jari kelingking kiri
Kaki plak?

  1. Jari kelingking kanan
  2. Jari manis kanan
  3. Jari hantu kanan
  4. Jari telunjuk kanan
  5. Ibu jari kanan
  6. Ibu jari kiri
  7. Jari telunjuk kiri
  8. Jari hantu kiri
  9. Jari manis kiri
  10. Jari kelingking kiri

Sekian, wallahhualam...

Label:

i look upon the moon and stars at 7:44 PG
1 suara sisi hati yang lain