13.6.08

32<--->[Dari Melaka ke Negeri Pahang, Singgah di KL Beli Big Apple]

Hoho..lama juga saya tak update blog ni.. busy sikit. Anyway, merujuk kepada tajuk di atas, hari Sabtu dua minggu yang lepas, saya telah diajak oleh Bachok untuk menemaninya ke rumah girlfrennya kerana kaknya kawen. di Melaka. Selaku kawan dia yang kadang-kadang baek, saya pun pergilah.... Hoh, hari itu agak panas, bila panas, saya malas, har har. Bachok je yang banyak tangkap gambar. Saya pon macam menyegan jek, malas la nak mencapap sana sini.

Gambar kakak girlfren Bachok. Gambar ni sangat chantek, credit to Bachok

Lepas balik dari Melaka, saya yang terlupa bawak kunci bilik ini pun terus pergi ke Mid Valley untuk join rumet-rumet saya yang tengah shopping tak hengat kat sana dengan satu niat - Big Apple! Hoho, kitorang borong 12 ketul jek. Lepas tu, hari Jumaatnya, saya telah mengepau Ana Big apple lagi. Bli 12 ktul lagi, tapi balik naik train, so terkontang-kanting la encik2 donat tu dalam kotak mereka. Malamnya, Bachok ngan Helmi ajak pegi Tesco Kajang. Helmi buli saya, soh pilihkan bawang untuk dia, adeh~~ Takpe, kita berkawan ni kena terima kawan-kawan kita seadanya kan? Berkawan kena ikhlas.


Esoknya (hari Sabtu), family saya pergi ke Pahang untuk cuti-cuti Malaysia pulak. Saya tak pernah gi Pahang untuk bercuti. Kitorang menginap kat Cherating, ape nama resort tu pun saya tak berapa ingat. Cherating Bay Resot kot? Dekat dengan pantai, dalam 4 minit berjalan. Pantainya sangat chantek...wuuu T.T Pasir putih, mandi laut boleh nampak kaki dalam air. Banyak siput, dan banyak seashells. Pantai yang kitorang gi ni kategori 'bay' (dalam BM teluk kot?') so air tak dalam. Kena pergi jauh baru air sampai leher. Time kitorang pergi plak air tengah surut. Balik mandi dan piknik, mandi swimming pool plak, heh heh. Malamnya makan seafood, perggh! Sedap giler! Saya yang tak makan ikan pun buang tebiat makan ikan. Menu malam tu: sotong goreng tepun, ikan siakap bakar, ikan pari bakar, kerang bakar, ayam masak cili bawang, sup ekor, sup tulang dgn kailan ikan masin. Balik resort je terus tidur (buruk perangai).

Esoknya pergi rumah aunty saya di Kuantan. Saya tak pernah pegi rumah dia (anak sedara lupa daratan). Nice rumah-rumah kat area tu, tanah lapang. Takde ape sangat yang dibuat di Kuantan, melainkan mencari Big Apple lagi (hahahaha). Kat Kuantan, Big Apple ada kat East Coast Mall, aunty saya pun tak penah pegi lagi, saya dah pegi dulu. Kali ni borong 18 ketul plak. Tapi Alien kat situ lain dari Alien KL. Alien KL macam lagi menggelabah dan besh. Baliknya, saya drive dari Bentong sampai umah sebab Aiman sakit belakang. Oh! Sangat silau bila driving malam. So daddy saya soh pegi wat spek baru. "Baek daddy...".

Pantai kat Cherating

resort tempat kitorang tinggal

Label: ,

i look upon the moon and stars at 10:53 PG
0 suara sisi hati yang lain