4.5.08

27<--->[Saya Agak Bengang]

Gambar hiasan...


Ya...musim cuti kali ni banyak mendatangkan kebengangan kepada saya. Saya telah mengambil job sebagai PKP di kolej saya. Kerja opis hour, pagi kena buat kerja-kerja fizikal macam cek kunci bilik-bilik, mengecat ape yang patut, melupuskan apa yang patut dilupuskan, dan mengindahkan lanskap kolej. Belah petangnye lebih kepada kerja-kerja pengurusan dalam opis. Pengurus dah khususkan kerja saya awal-awal untuk update website kolej dan siapkan Galaksi (yearbook kolej).

Kebanyakkan MTM yang lain sibuk dengan praktikal, kem dan sebagainya, dan saya je yang takde seme tu dan duduk di kolej. Ramai mengambil kesempatan ini untuk menghumbankan kerja-kerja mereka kat saya. Ini membuatkan saya pissed off, jesteru itu, saya menjadi macam what-the-fork?! lah. Setakat anta paperwork ke BHEP, saya tak ada masalah, tapi agak melampau juga rasanya bile saya kena edit, buat sponsorship punya kerja, walaupun bukan program saya. Bukan paperwork saja... banyak lagi kerja yang di'amanah'kan kepada saya. On top of that, saya ada paperwork-paperwork untuk program saya sendiri, dan juga hal-hal persatuan yang saya kena setelkan. Mengapakah mereka tidak terpikir untuk menggunakan kemudahan dan teknologi terkini yang dipanggil 'emel' yang membolehkan mereka membuat kerja-kerja itu dan menghantarnya kepada saya? Kalau nak ikutkan kesejahteraan saya, memang saya tak nak buat, just nak fokus kat kerja PKP, biro, dan persatuan saya je, tapi pikir-pikir balik, benda ni pun untuk student dan kolej gak, jadi saya dengan sedaya mana yang buleh, membuang jauh-jauh rasa keselfishan saya. Saya akui, agak sukar untuk mengikhlaskan diri.

Saya masih lagi pissed off...mungkin saya perlu berwudhu'. Sekian, terima kasih kerana membaca.

Label:

i look upon the moon and stars at 6:04 PTG
0 suara sisi hati yang lain