11.12.07

23<--->[Bengkel Pemantapan MTM 2008]

Ya, sememangnya gambar di atas itu takde kaitang secara langsung dengan tajuk entry. Itu hanyalah poster bilik aku untuk semester hadapan, dan ya, memang kitorang ni seme gelabah. Tapi takpe, biar glabah asal glamer.

Bengkel Pemantapan MTM ni dibuat dari 29 November sampai 3 Disember 2007. Kalau yang lepas punya bengkel buat kat langkawi, kali ni buat kat kolej jek. Tapi walaupun kat kolej jek, aku rasa bengkel ni sangat best. Memang tak stress langsung, enjoy manjang walaupun menda-menda yang dibuat adalah serius. Pendek kata aku tak merasa beban di bahu terlalu berat. Banyak menda yang kitorang rancang, dan harap-harap dapatlah dijalankan dengan jayanya, dan semoga dipermudahkan.

Sekarang ni aku tengah berhempas pulas menghapdet website kolej aku. Tapi stakat ni, website tu boleh view dengan elok hanya kepada siapa yang surf guna server UPM. Gamba seme tak lepas kalau guna server luar. Aku fening mencari component untuk galeri gambar untuk website ni. Macam-macam aku buat, tapi tak berjaya juga. Takpelah, janji website tu hapdet sentiasa.

Label:

i look upon the moon and stars at 2:03 PG
0 suara sisi hati yang lain