11.12.06

14<--->[Apam Lenggang]



Sape tak penah tengok makanan ni, angkat tangan!! :4: Benda ni namanya Apam Lenggang, dan setahu saya apam ni hanya boleh didapati di Penang, dan mungkin tempat-tempat tertentu di Kedah. Apam ni adalah makanan sarapan wajib bagi saya jika saya pulang ke Penang. Hari tu mak pergi Penang dan bawak balik apam ni, sheronoknye! Kalau dekat Penang, satu tempat yang jual apam ni adalah kat Gelugor (Gelugoq) dekat pasar (orang Penang tak panggil "pasar", diorang panggil "market" :20:), ada satu aci (atau anak laki dia) yang jual apam ni. Apam ni rasanya lemak manis dan masin-masin skit. Teori saya tentang mengapa apam ni namanya Apam Lenggang adalah kerana kalau nak buat apam ni, kita kena lenggangkan adunan kat acuan dia. Keistimewaan apam ni adalah dia diabakar dalam acuan kemudian diletakkan periuk tembaga (kut?) kat atas apam ni.

Label:

i look upon the moon and stars at 6:45 PTG
1 suara sisi hati yang lain