4.12.06
13<--->[Bertuahnya Saya!]
Hari ni, 4/12/2006 merupakan hari yang bersejarah buat saya. Pada pukul 2 petang, ayah saya telah pulang ke rumah dan meminta saya mengikutnya pergi ke KL (orang KL panggil tengah-tengah KL tu KL atau town, kalau kat pinggir-pinggir KL, macam Keramat, orang panggil Keramat, tak panggil KL). Setelah berada dalam kereta, barulah saya tahu bahawa kami akan ke HQ Takaful Malaysia untuk berjumpa dengan CEOnya. Nasib baik saya memakai baju kurung. Ayah saya juga membawa Amar (adik saya).
Office Tuan Hj. Md. Azmi berada di tingkat 27 (wah! tingginya). Masa kami sampai tu, Tuan Azmi tengah layan tetamu, so kami tunggu lah. Berdebar juga rasanya masa nak tunggu dia. So, selesai tetamunya beredar, kami pun masuk ke bilik perbincangannya. Ayah saya bertanyakan khabar, itu ini, dan apa-apa yang patut. (Ayah saya berkerja di Takaful Malaysia sebelum membuka perniagaan, dan Tuan Azmi merupakan junior ayah saya). So, ayah saya banyak bertanyakan tentang kenalan lama mereka.
Kami pun bersembang-sembang. Adalah dekat sejam. Saya amat mengagumi beliau. Sedikit pun tidak sombong. Pandangan-pandangannya mengenai kehidupan juga sangat menarik. Quote dari dia yang saya paling suka adalah "RM1 yang diperolehi dari usaha sendiri (berniaga) adalah lebih bermakna dari RM100 yang diperolehi dari hasil makan gaji". Orangnya sangat sederhana dan humble. Beliau juga mencadangkan agar saya berpraktikal sahaja di Takaful nanti (semestinya akan dipertimbangkan). Banyak nasihat-nasihat yang diberi. Kata beliau, bila nak ambil pekerja, masalah-masalah kecil adalah seperti hendak beri trainning pada pekerja dan sebagainya, tapi masalah utama adalah sikap pekerja itu sendiri. Jika pekerja itu sendiri sikapnya baik, semua masalah akan selesai.
Nasihatnya lagi, we can't be egoistic in life. If a person can be better than you, let him/her be. If once you're on top of him/her, you can't think that you will or you must be on top of him/her forever. Saja saya tulis nasihat-nasihatnya di sini kerana selain ingin berkongsi, saya takut saya lupa. Saya rasa sangat bertuah kerana saya, seorang gadis biasa yang baru berumur 22 tahun, dapat berjumpa dengan CEO KLSE-main-board, public-listed company. Bertuahnya saya!
nota tambahan:
Dah sah layout blog saya ni sengal. Kena tukar layout baru kod shoutbox boleh berfungsi. :16:

Label: Peristiwa
i look upon the moon and stars at 9:32 PTG
2 suara sisi hati yang lain
2 suara sisi hati yang lain