2.12.06
11<--->[Kami Pergi Main Boling // Part II]
Huhu..saya telah tetinggal beberapa peristiwa dalam entry yang lepas. Selepas kami habis main boling (Sul dengan Khaizam tambah game), kitorang pun balik la. Kami pergi dihantar oleh Bapa kepada Sul, tapi bilak nak balik ni kami takde transport pulak. Mizi dengan bangganya dijemput oleh adik beliau. Kalau ikutkan hati kami, memang kami mahu tumpang Mizi, tapi nak buat macam mana, motor dia hanya muat untuk dua orang jer. So, kami pun berdebat samada mahu naik cab atau bas je. Nak naik cab, mahal. Tapi kalau naik cab, saya cadangkan naik sampai rumah saya je sebab rumah saya paling dekat lepas tu saya akan hantar diorang. Kalau nak naik bas pun saya tak kesah, tapi masalahnya kami beritga tak tahu naik bas ... :16: ...
Kami memang dah lama tak naik bas area rumah kami ni. (Khaizam boleh dikecualikan sebab dia duduk di Cheras). Dulu masa sekolah, bab bas-bas ni, saya memang reti la. Tapi saya setelah saya masuk UPM, saya telah keliru. "Sejak bilakah Metrobus lalu di hadapan rumahku?" terdetik di hati saya bila ternampak Metrobus lalu di hadapan rumah saya. So, kami mengambil keputusan untuk naik cab dan dibelanja oleh Sul. Tapi cab semua full. Kemudian kami nampak bas RapidKL 307. Saya telah melihat map laluan bas yang ada di bus stop di situ. Sepertinya bas 307 ni lalu Jalan Enggang, Ampang Point, AU3 dan LRT Keramat. So, kitorang tibai la naik bas tu. Nak bayar tambang pun tak tahu berapa, tapi pakcik bas tu cakap, bayar RM1.
:4: Seronok naik bas...teringat kenangan-kenangan terindah masa naik bas pegi sekolah dulu. Punyalah jakun kitorang naik bas tu. Asik gelak je sambil dipandang serong oleh orang sekeliling. Saya juga telah terlupa bahawa apabila sebelum turun dari bas, kita perlu membunyikan loceng terlebih dahulu supaya pemandu bas itu tahu bahawa ada penumpang yang mahu turun. Tapi kami still tak pasti samada bas ni pergi AU3 atau AU2. Bila bas tu membelok di bulatan, sedarlah saya bahawa bas itu nak pergi AU3, maka cepat-cepat saya menyuruh Sul tekankan loceng (sebab tangan dia lebih panjang). Kami turun di AU3 dan berjalan kaki ke rumah saya (tak la jauh sangat, sebab rumah saya adalah sempadan AU2, 10 minit berjalan kaki kut). Sampai saja di rumah saya terpaksa menjemput Zam berkali-kali untuk masuk ke rumah sebab dia sangat pemalu. Tapi adake dia nak duduk kat bangku kat luar? Last-last dia sudi masuk jua. Selepas Asar dan minum-minum di rumah saya, Saya hantar Sul ke rumahnya dan Khaizam ke LRT (Sori Zam, Am tak larat nak antar sampai Cheras, dan kalau larat pun memang Am takkan antar sampai Cheras punya).

Label: Peristiwa
i look upon the moon and stars at 8:40 PG
3 suara sisi hati yang lain
3 suara sisi hati yang lain