25.10.06

Macam Mana Am[01] :: Masak // KornChoc

Bahan-bahannya
1.Coklat Masakan
(Am guna :: Vochelle Cooking Chocolate)
2.Cornflakes
(Am guna :: Kellog's Cornflakes)
3.Sugar Rainbow Balls
(optional, untuk hiasan je)

Alat-alatannya
1.Periuk untuk cairkan coklat
(Am guna :: periuk seramik)
2.Sudip
3.Sudu teh
4.Cawan kertas (ni cawan kertas yang orang guna wat biskut, bukan untuk wat minum tau)

Cara-caranya

1.Hancurkan cornflakes, tapi jangan hancur sangat lah. Jangan guna blender, hancurkan pakai tangan je.
2.Cairkan coklat masakan dalam periuk. Gunakan api yang perlahan, dan pastikan korang sentiasa kacau coklat tu.
3.Selepas coklat dah cair (pastikan coklat tak berketul-ketul), masukkan cornflakes dan kacau sampai cornflakes dah betul-betul disaluti coklat.
4.Sudukan cornflakes yang dah disaluti coklat tu ke dalam cawan kertas.
5.Taburkan sugar rainbow balls. Siap untuk dihidang.

Nota
Oleh kerana Am yang reka sendiri resipi nih, dan main hentam je, :16: so, kuantiti untuk coklat dan cornflakes tu agak-agak sendiri la ek?). Cornflake juga boleh digantikan dengan Koko Crunch - lagi sedap. Coklat masakan sangat penting dalam resepi ni, so pilihlah coklat masakan yang korang rasa sedap. Selamat mencuba! :21:

Label:

i look upon the moon and stars at 7:52 PG
0 suara sisi hati yang lain