30.5.09
40<--->[Tagged]
Maka dengan ini, saya telah di tag oleh saudari Sul
Upload gambar yang anda gemari dan jawab soalan di bawah:

Kenapa anda suka dengan gambar nh? Apa yang best dengan gambar nh?
Bila kali terakhir makan pizza?
Lagu terakhir yang anda dengar?
Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?
Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dengan panggilan apa?
*Soalan seterusnya ada kaitan dengan orang yang anda tag! Tag 6 orang.
Siapa no 1 pada anda?
Orang no 3 ada hubungan dengan siapa?
Kata sesuatu berkenaan orang no 5..
Bagaimana dengan orang no 4?
Siapa orang no 2?
Bagi pesanan pada orang no 6.
Upload gambar yang anda gemari dan jawab soalan di bawah:

Kenapa anda suka dengan gambar nh? Apa yang best dengan gambar nh?
Sebab masa ni antara hari yang paling hepi, dan dapat brownies Secret Recipe untuk birthday. Siap kena kidnap lagi. Pendek kata, gambar ni triggers sweet memories...lalalala
Bila kali terakhir makan pizza?
Minggu lepas, tapi tak ingat bila. Tiba-tiba je ada sekotak Domino's kat rumah.
Lagu terakhir yang anda dengar?
Until You Love Me - The Moffatts
Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?
Tengok ANTM Cycle 10 dan main Restaurant City
Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dengan panggilan apa?
Sayang? ngehehehe...gatal. Lagi satu, Ri.
*Soalan seterusnya ada kaitan dengan orang yang anda tag! Tag 6 orang.
Tamo tag sape-sape, tapi nama 6 orang tu:
1: Fuad Suffian Abdul Majid
2: Nurliana Ismail
3: Mohd Norhisyam Yahya
4: Zulfadli Zainor
5: Mohd Nor Firdaus Sari'e
6: Nurul Aida Nazieli Sabtu
Siapa no 1 pada anda?
Kekanda saya ;P
Orang no 3 ada hubungan dengan siapa?
Hurm..agak misterius. Tapi disebabkan dia ni sangat peramah dan mudah mesra, maka banyaklah gossip yang melanda diri beliau. Pernah juga digossipkan dengan saya oleh jurulatih zapin dari Yayasan Warisan Johor. Wahahaha.
Kata sesuatu berkenaan orang no 5..
Seorang yang pandai mengaburi mata manusia biasa. First impression nampak charming, tapi bila dah lama kenal...
Bagaimana dengan orang no 4?
Orang yang bertanggungjawab menjebakkan saya ke dalam dunia tarian. Juga merupakan seorang yang sangat pandai mebeli-belah.
Siapa orang no 2?
BFF saya yang saya suka manjakan.
Bagi pesanan pada orang no 6.
Kalau ada masalah, ceritalah pada seseorang, janggan pendam-pendam pastu tension selalu. Kang mudarat kang ;)
Label: Peristiwa
i look upon the moon and stars at 8:41 PTG
1 suara sisi hati yang lain
1 suara sisi hati yang lain
1.2.09
39<--->[Singapore Trip]
Singapore Zoo: Bersama Encik-encik Kakak Tua
Hahaha..dah lama pegi, baru nak update blog. Saya sefamili telah pergi ke Singapore pada Disember hari tu, tapi untuk menjimatkan kos, kitorang tinggal kat JB je. Pergi dari hari Ahad sampai la hari Rabu. Sebenarnya kali terakhir saya pegi Singapore memang da sangat lama...masa tu umo saya dalam 4 tahun macam tu. Ahad petang samapai JB, kitorang round umah kawan-kawan ayah yang ada kat are JB, seme dok sound asal tak tido umah diorang je, hahaha. Lenkali kot...save duit lodging. Hari Isnin kitorang pegi Sentosa Island, round sampai petang. Kitorang pegi Underwater World, naik cable car, tengok dolphin dan jelajah Fort Siloso.
Underwater world best, sangat banyak hidupan laut yang saya tak penah tengok sebelum ni. Then tengok pink dolphins, sangat la memuaskan, comel sangat mereka itu. Naik cable car, hurm biasa-biasa je, cable car Genting lagi meruntun jiwa. But for the technical aspect, got to give credit for them, sebab sampai pole, memang tak bergegar cable car tu. The view cantik sebab rentas laut dari Sentorsa sampai Mount Faber pastu patah balik. Sebelum naik cable car ni saya minum air yang paling mahal saya penah minum: Fresh Orange S$5.00 = RM24.00, huhu. Then kitorang pegi Fort Siloso tour, satu pengalaman yang best. Walaupun kami agak tertanya-tanya mengenai ketetepatan sejarah yang diorang tunjuk kat situ *ehem*kaummelayuhanyaditonjolkansebagainelaya*ehem*, it's really an eye opener.Staf Fort Siloso ni sangat la friendly, they give my Dad special services, which I'm really grateful for.
Hari Selasa kitorang pergi Zoo. Memang betul kata Uncle Zaki (besfren ayah saya), memang kena pergi, sangat best, berkali-kali-kali gandanya dari Zoo Negara. Kesimpulannya memang best la. Tertunai la hajat ayah saya nak tengok probosics monkey. Saya teringin nak tengok kancil, tapi masa tu dia nyorok bawah semak, tak nampak sangat la. Dapat jugak tengok rimau putih yang makan orang tu. Pastu kitorang round lawat sedara-mara yang ada kat Singapore, tu pun ada rumah yang kitorang tak sempat nak pegi, sangat ramai, adeh. Sebelum balik, kitorang pegi Arab street, kalau korang nak makan murtabak Singapore yang masyuk, kat situ la tempatnya.
Then Rabu, kitorang anta Mak dangan Asirah gi airport Senai (saje je diorang naik flight sebab Asirah tak prnah naik kapal terbang) pastu kitorang balik la dengan Unser yang tiba-tiba terasa lebih luas, hahaha. Saya drive sampai Ayer Keroh, jem plak, adeh. So, tula trip kami ke Singapore. Sempatgak jumpa Kak Aza (besfren saya) kat JB dan telah dibawa ke Jusco Tebrau City yang sangat memuaskan hati.
Underwater World, Setosa
Label: Peristiwa
i look upon the moon and stars at 1:38 PG
0 suara sisi hati yang lain
0 suara sisi hati yang lain
16.12.08
>>Projects[05] :: Sister to Sisters Hoodie
Sebenarnya adik-adik saya (Amani dan Asirah) memang dah lama mintak saya jahitkan mereka jacket ni selepas diorang tengok jaket saya (Along! Nak jaket macam Along punya tu!) haha. Maka, sebagai seorang kakak yang buat-buiat baik, saya pun buatkanlah untuk mereka...setahun lepas tu. Kain dipilih oleh mereka adalah kain untuk buat seluar sebenarnya =.=; dan saya beli kain corak plaid supaya jacket ni ada kontra sikit. It's not exactly like mine, but they love it anyway. So, bila diorang suka, saya pun hepilah. Ye, ianya memang ada telinga kucing. Saya suka version Amani..ala-ala trench coat. So..sekarang Amar plak telah mengoder sebuah lagi jaket... adeh...
Label: projects
i look upon the moon and stars at 8:35 PTG
2 suara sisi hati yang lain
2 suara sisi hati yang lain
31.10.08
38<--->[FestiV@13]
FestiV@13 ni telah diadakan pada 2324 Ogos 2008. Ini program yang saya betul-betul jadi pengarah. Tapi ralat gak, sebab saya tak dapat buat macam yang saya nak. Firstnya saya tersalah pilih tarikh, tak sepatutnya buat dalam bulan Ogos sebab student ingat ia sebuah aktiviti dalam festival kemerdekaan. Program ni stand-alone sebenarnya, anjuran biro saya. Program macam ni first time dibuat di kolej saya. Mulanya nak buat kat hall yang besar sikit, tapi malam sebelum program tu tengok-tengok p.a. system dia rosak, so terpaksa pakai hall kecik.
FestiV@13 ni merupakan singkatan bagi Festival Video dan Filem Kolej 13 sebenarnya. Ada 3 kategori: multimedia/video korporat, filem pendek, dan video muzik. Saya dan roomate saya hantar penyertaan untuk video muzik, sayang dapat no. 4 je, so tak dapatla hamper. Mebe entry lain kali saya post video yang kitorang produce tu.
Sambutan yang sangat menggalakkan, saya pon tak sangka ramai yang datang. Dah la buat kat hall kecik, ramai la yang tak dapat duduk. But for a first-time program, okaylah. Harap successor saya buat lagi benda ni tahun depan.
Label: Peristiwa
i look upon the moon and stars at 9:08 PG
0 suara sisi hati yang lain
0 suara sisi hati yang lain
30.10.08
>>Projects[04] :: Outing Tote

Saya kurang pasti beg ni tote ke purse...but whatever. Beg ini juga dijahit dengan kadar kepantasan yang agak tinggi. Beg ini juga merupakan birthday prezzie untuk Mimie. Saya sangat suka beg ni, saya suka fabriknya, tapi sayang saya beli 1 meter je, so ada baki untuk buat lagi satu je. Saya memang memerlukan beg girly seperti ini, susah kalau pakai kebaya ke ape, dah la takde poket, takde beg plak. But then, Aida wanted one for her birthday too. Beg ini diasaskan dari beg roomate saya. Saya suka potongannya, so buat pattern sendiri. Colour yang paling betul adalah colour dalam gambar kat bawah untuk snapshot fabrik tu.

Label: projects
i look upon the moon and stars at 7:46 PTG
0 suara sisi hati yang lain
0 suara sisi hati yang lain
3.10.08
37<--->[Salam Sesuci Lebaran, 1429]
i look upon the moon and stars at 7:58 PTG
0 suara sisi hati yang lain
0 suara sisi hati yang lain
30.9.08
>>Projects[03] :: Messenger Bags
Ichigo Messenger
One thing about buying bags...there's usually not enough pockets and the straps are too long (okay, that was two things). So, I made my own. Beg ini dibuat masa cuti sebelum semester bermula hari tu. Memang letak ape yang saya nak je. Kat flap dia (flap tipu) ada poket yang menegak, dan di bawah flap ada tiga poket untuk handphone, glasses dan sunglasses saya. Kat dalam ada poket botol air/payung, poket kalkulator dan satu lagi poket tambahan. Kat flap dia juga ada sulaman yang bbermaksud "strawberry" (sebab saya suka strawberry). Kombo kaler adalah hitam dan reddish-hot pink. Ruang dalam beg ni sangat besar...tak pernah penuh. Nak letak fail binder pon boleh. Seronok kehulu-kehilir pakai beg ni. Sangat functional untuk ke kuliah.
Black and Yellow Messenger
Jadi apabila saya dengan gembiranya kehulu-kehilir dengan messenger saya, banyak plak request yang saya dapat. Tapi saya layan satu je. Beg ini telah dihadiahkan kepada Farina sempena birthdaynya. Lebih kurang macvam beg saya jugak, cuma lebih simple )sebab buat dengan rushing).
Label: projects
i look upon the moon and stars at 11:36 PTG
0 suara sisi hati yang lain
0 suara sisi hati yang lain